Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
Post Kali ini mengenai penjagaan dan pengurusan buku.Semua benda dalam dunia ini kena ada penjagaan dan pengurusan yang sangat baik,begitu juga dengan buku,nak tau apa tipsnya?Jom Baca.....
1 Elakkan buku dari
kepanasan
Jangan
letak buku pada tempat yang panas. Membiarkan buku pada darjah suhu yang tinggi
menyebabkan buku anda melengkung dan permukaannya tidak sama rata. Meninggalkan
buku dalam kareta di tempat parkir panas atau membiarkan buku berdekatan
mesin-jentera berhaba antara perkara yang perlu dielakkan bagi penjagaan buku
anda. Bahang panas juga menyebabkan kulit muka dan halaman menjadi kekuningan.
2 Balut buku
Kekalkan
penjagaan buku dengan membalut buku-buku yang dibeli. Membalut buku dapat
memelihara kulit buku daripada rosak di tepi-tepinya dan mengelak lekatan debu,
minyak dan kotor terus pada muka buku. Terdapat pelbagai plastik buku di
pasaran mengikut kualiti dan ketebalannya. Pilihlah plastik buku yang
berkualiti. Jika anda memilih plastik buku yang nipis atau bermutu rendah maka
plastik ini adalah jenis yang tidak tahan lama, mudah koyak dan cepat bertindak
balas apabila berhadapan perubahan suhu tinggi.
3 Sediakan almari / rak buku
Buku
yang diperolehi / dibeli dari masa ke semasa sedikit demi sedikit menjadi
banyak. Kelak ia menimbun dengan pelbagai judul yang memerlukan penyimpanan
teratur. Justeru itu penyediaan almari buku atau rak buku merupakan suatu cara
supaya buku anda tidak bersepah dan merata-rata. Jika ada duit lebih, beli
almari / rak buku yang bercermin bagi mengelakkan buku anda dari cepat berhabuk
dan berdebu.
4 Susun buku ikut kategori
dan genre
Atur
buku ikut kategori dan genre. Maksud kategori adalah pembahagian mengikut
majalah, novel, jurnal, diari, ensiklopedia, fiksyen, bukan fiksyen, dsb. Genre
pula adalah perjenisan judul buku melalui tema dan intipati sesebuah buku
seperti biografi, agama, ekonomi, politik, sejarah, arkitektur, pendidikan,
tamadun, perubatan, sains, dsb. Terpulang kaedah penyusunan masing-masing. Ada
yang suka menyusun mengikut keluaran penerbit. Ada yang gemar menyusun mengikut
nama penulis buku. Sebahagian lain mungkin meminati penyusunan mengikut siri /
edisi.
5 Atur buku secara menegak
Aturan
buku-buku secara menegak merupakan kaedah penyusunan yang terbaik berbanding
penyusunan kaedah buku baring atau melintang. Mengapa? Pertama, buku secara
menegak memudah dan mempercepatkan kita mengambil buku yang dicari. Kedua,
penyusunan secara menegak memanjang jangka hayat buku. Ini kerana buku-buku
secara baring menyebabkan binding buku lama-kelamaan
tidak selari akibat bertindih dengan buku-buku lain di atasnya.
6 Letak
penghadang buku
Apabila
menyusun buku (secara menegak), letakkan penghadang buku pada susunan buku
paling tepi / akhir buku. Tujuannya supaya buku-buku yang disusun itu tidak
kelihatan senget atau terjatuh. Penghadang buku boleh didapati di kedai alat
tulis.
7 Rekod maklumat buku
Pustakakan
maklumat buku-buku supaya pengkoleksian senarai bahan bacaan anda lebih
tersusun, terurus dan bermaklumat. Bagi sebuah buku, perkara yang boleh
direkodkan adalah seperti judul buku, nama penulis, nama penerbit, tahun
terbitan, jumlah halaman, ISBN, harga buku, genre, dsb. Perekodan ini
memudahkan anda melihat kembali jenis-jenis buku yang ada dalam simpanan dan
urutan senarai ini amat bermanfaat bagi kegunaan capaian di masa akan datang.
Anda boleh menguruskan perekodan ini melalui catitan pada buku khas atau
melalui perisian pangkalan data. Perisian asas seperti Database, Excel boleh
diinisiatifkan atau memuat turun secara percuma perisian perekodan buku yang
sesuai di laman siber. Hari ini, laman komuniti perpustakaan maya seperti Goodreads, Shelfari, LibraryThing menyediakan akaun buku yang
membolehkan anda untuk berkongsi maklumat buku anda miliki dengan
penggemar-penggemar buku dari pelosok dunia.
Jangan kita lalai taksub sangat menjaga buku "kesayangan" kita sehingga lalai menjaga Al-Quran.Al- Quran adalah jantung Manusia...In Sha Allah jika kita bijak menguruskan sumber ilmu kita akan dipermudahkan urusan...
Terima KAsih....=D
No comments:
Post a Comment