Sunday 30 June 2013

Masalah Ruang untuk menyimpan Buku???


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Kali ini,nak kongsikan tentang cara nak jimat ruang untuk simpan buku kita.Kekadang dekat rumah banyak sangat buku sampai tiada tempat nak simpan buku.Jadi apa lagi marilah kita sama-sama baca tipsnya....=D

Jangan punahkan impian anda untuk menyimpan koleksi buku yang pelbagai, walaupun keadaan rumah anda sempit dan terhad ruangnya. Asalkan anda bijak menyusun dan membahagikan ruang, buku-buku ini tidak akan membuat rumah anda kelihatan sempit dan penuh. 
Menyimpan koleksi buku yang pelbagai merupakan satu hobi yang sangat positif. Amat sayang sekali sekiranya jika hobi ini tidak diteruskan hanya kerana alasan tiada tempat untuk menyimpannya. Memang semakin lama, koleksi buku-buku anda akan terus bertambah. Dan buku-buku itu mahu tidak mahu harus disimpan secara khusus supaya tidak rosak dan tidak boleh diguna kembali.

Bagi keadaan rumah yang kecil, ruang untuk menyimpan buku secara khusus  sangat susah didapati. Membuat ruang khas seperti perpustakaan, rasanya sudah tidak rasional. Bahkan, untuk menambah satu peti buku sahaja rasanya juga tidak ada tempat khas yang sesuai.


Cara lain? Cuba cari sudut-sudut yang tidak terpakai di rumah anda. Kawasan ini boleh diguna pakai sebagai tempat simpanan buku. Cara lain, anda boleh rujuk dibawah, agar koleksi buku anda tetap disimpan rapi tanpa menjadikan rumah anda kelihatan sempit dan tidak teratur.

Jadi hiasan 

Ramai orang berusaha menyembunyikan rak buku, bahkan ada yang sanggup menyimpannya di stor. Padahal, bila dibuat rak yang cantik, buku-buku ini boleh menjadi penghias rumah yang unik, menggantikan lukisan dan hiasan dinding lain.

Sekat antara ruang

Rak buku juga boleh menjadi seperti sekat antara ruang. Pada rumah-rumah bersaiz kecil, biasanya antara ruang tamu dengan ruang keluarga dipisahkan oleh sekat atau dinding penghalang. Justeru itu, gunakan saja rak buku sebagai sekatnya.

Memanfaatkan ruang

Anda dinasihatkan supaya bijak mencari ruang dalam rumah seperti  ruang bawah tangga, garaj yang tidak digunakan, dinding bahagian atas, salah satu sudut ruang tamu dan banyak lagi, bagi tujuan untuk meletakkan rak buku tersebut.

Membuat mezanin

Mezanin adalah salah satu cara anda mendapatkan ruang tambahan tanpa perlu melakukan perubahan struktur. Mezanin ini boleh dibuat dengan menggunakan ruangan bawah bumbung (attic). Ruang tambahan ini boleh anda gunakan untuk meletakkan rak buku secara berjajar. Kalau cukup luas, mezanin ini boleh menjadi ruang kerja atau ruang baca.

Rak gantung

Apa yang dimaksudkan dengan rak gantung adalah rak yang melekat pada dinding. Rak buku seperti ini kelihatan lebih ringan, dan tidak membuatkan ruang rumah anda kelihatan penuh. Bahagian bawahnya boleh digunakan dan dimanfaatkn untuk meletakkan perabot lain, misalnya sofa atau meja. Rak buku gantung ini juga boleh dicipta sendiri berdasarkan kreativiti pembaca.

Tips Penjagaan dan Pengurusan Buku

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
Post Kali ini mengenai penjagaan dan pengurusan buku.Semua benda dalam dunia ini kena ada penjagaan dan pengurusan yang sangat baik,begitu juga dengan buku,nak tau apa tipsnya?Jom Baca..... 

1 Elakkan buku dari kepanasan 

Jangan letak buku pada tempat yang panas. Membiarkan buku pada darjah suhu yang tinggi menyebabkan buku anda melengkung dan permukaannya tidak sama rata. Meninggalkan buku dalam kareta di tempat parkir panas atau membiarkan buku berdekatan mesin-jentera berhaba antara perkara yang perlu dielakkan bagi penjagaan buku anda. Bahang panas juga menyebabkan kulit muka dan halaman menjadi kekuningan.


2 Balut buku 

Kekalkan penjagaan buku dengan membalut buku-buku yang dibeli. Membalut buku dapat memelihara kulit buku daripada rosak di tepi-tepinya dan mengelak lekatan debu, minyak dan kotor terus pada muka buku. Terdapat pelbagai plastik buku di pasaran mengikut kualiti dan ketebalannya. Pilihlah plastik buku yang berkualiti. Jika anda memilih plastik buku yang nipis atau bermutu rendah maka plastik ini adalah jenis yang tidak tahan lama, mudah koyak dan cepat bertindak balas apabila berhadapan perubahan suhu tinggi.





3 Sediakan almari / rak buku 

Buku yang diperolehi / dibeli dari masa ke semasa sedikit demi sedikit menjadi banyak. Kelak ia menimbun dengan pelbagai judul yang memerlukan penyimpanan teratur. Justeru itu penyediaan almari buku atau rak buku merupakan suatu cara supaya buku anda tidak bersepah dan merata-rata. Jika ada duit lebih, beli almari / rak buku yang bercermin bagi mengelakkan buku anda dari cepat berhabuk dan berdebu.


4 Susun buku ikut kategori dan genre 


Atur buku ikut kategori dan genre. Maksud kategori adalah pembahagian mengikut majalah, novel, jurnal, diari, ensiklopedia, fiksyen, bukan fiksyen, dsb. Genre pula adalah perjenisan judul buku melalui tema dan intipati sesebuah buku seperti biografi, agama, ekonomi, politik, sejarah, arkitektur, pendidikan, tamadun, perubatan, sains, dsb. Terpulang kaedah penyusunan masing-masing. Ada yang suka menyusun mengikut keluaran penerbit. Ada yang gemar menyusun mengikut nama penulis buku. Sebahagian lain mungkin meminati penyusunan mengikut siri / edisi.

5 Atur buku secara menegak 


Aturan buku-buku secara menegak merupakan kaedah penyusunan yang terbaik berbanding penyusunan kaedah buku baring atau melintang. Mengapa? Pertama, buku secara menegak memudah dan mempercepatkan kita mengambil buku yang dicari. Kedua, penyusunan secara menegak memanjang jangka hayat buku. Ini kerana buku-buku secara baring menyebabkan binding buku lama-kelamaan tidak selari akibat bertindih dengan buku-buku lain di atasnya.


6
Letak penghadang buku 


Apabila menyusun buku (secara menegak), letakkan penghadang buku pada susunan buku paling tepi / akhir buku. Tujuannya supaya buku-buku yang disusun itu tidak kelihatan senget atau terjatuh. Penghadang buku boleh didapati di kedai alat tulis.


7
Rekod maklumat buku 

Pustakakan maklumat buku-buku supaya pengkoleksian senarai bahan bacaan anda lebih tersusun, terurus dan bermaklumat. Bagi sebuah buku, perkara yang boleh direkodkan adalah seperti judul buku, nama penulis, nama penerbit, tahun terbitan, jumlah halaman, ISBN, harga buku, genre, dsb. Perekodan ini memudahkan anda melihat kembali jenis-jenis buku yang ada dalam simpanan dan urutan senarai ini amat bermanfaat bagi kegunaan capaian di masa akan datang. Anda boleh menguruskan perekodan ini melalui catitan pada buku khas atau melalui perisian pangkalan data. Perisian asas seperti Database, Excel boleh diinisiatifkan atau memuat turun secara percuma perisian perekodan buku yang sesuai di laman siber. Hari ini, laman komuniti perpustakaan maya seperti Goodreads, Shelfari, LibraryThing menyediakan akaun buku yang membolehkan anda untuk berkongsi maklumat buku anda miliki dengan penggemar-penggemar buku dari pelosok dunia.


Jangan kita lalai taksub sangat menjaga buku "kesayangan" kita sehingga lalai menjaga Al-Quran.Al- Quran adalah jantung Manusia...In Sha Allah jika kita bijak menguruskan sumber ilmu kita akan dipermudahkan urusan...

Terima KAsih....=D

Pengenalan Sarah Book Store (S.B.S)

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Apa khabar??
Post ini mengenai SBS iaitu Sarah Book Store..
Siapa itu Sarah?...Sarah itu nama Ibu Saya yang Saya Cintai...
Pengenalan SBS merupakan satu langkah untuk membina langkah baru dalam perniagaan Buku..
SBS merupakan perniagaan yang menjual dan membeli buku-buku terpakai,tidak kisah buku apa-apa pun asalkan ia memberi manfaat kepada diri kita..
Ikutkan sejarah,Perniagaan Menjual dan Membeli Buku Terpakai sudah lama diperkenalkan oleh saya.Atas sebab-sebab tertentu,Perniagaan ini saya "Refresh".

Bagaimana mahu menjual dan Membeli buku??

Bagi yang mahu Menjual buku mereka,boleh bagi buku-buku tersebut kepada saya dan saya akan carikan pembeli bagi buku tersebut,mudah kan?Tak perlu nak simpan buku yang bertimbun-timbun dalam almari dan buat kenangan.
Buku yang ingin di jual mestilah bersesuaian dan bermanfaat bagi semua orang.Boleh menjual apa-apa buku untuk pelbagai peringkat masyarakat.

Kepada yang ingin membeli buku terpakai boleh membuat tempahan daripada saya untuk buku yang ingin di beli.
Apa-apa urusan boleh menghubungi :

No Telefon: 013-9517209
E-Mail : uzaimi_90@yahoo.com
Facebook : http://www.facebook.com/SarahBookStore

Proses untuk membeli dan menjual buku-buku terpakai bersama Sarah Book Store ini sangatlah mudah dan cepat.
Sentiasa ingat,apa sahaja urusan yang kita lakukan adalah kerana Allah dan Masa Hadapan kita.In Sha Allah....=D

Itu sahaja untuk Pengenalan SBS..Terima Kasih....=D