Thursday 4 July 2013

Faktor-faktor Kerosakan Buku dan Cara Pencegahan Buku

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Apa khabar kawan2?best x cuti ni?
Perasan atau tidakbuku kita cepat rosak bila disimpan di tempat2 tertentu.Nak tau apa sebabnya..
Jom baca!!

A)    BAHAN BERCETAK

Terdapat 5 faktor utama yang membawa kerosakan bahan bercetak seperti buku,majalah dan surat khabar..

1) Ciri bahan bacaan

Kerosakan buku disebabkan ciri fizikal dan ciri bahan itu sendiri seperti jilidan & kandungan bahan kimia di dalamnya. Setiap bahan mempunyai kitaran hidupnya sendiri kerana bahan-bahan itu bertindak balas dengan alam sekitar sepanjang masa dan menyebabkan bahan-bahan itu menjadi lusuh.

  • Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
  - Bahan jilidan yang tidak baik boleh diperbaiki dengan membuat jilitan semula.
  - Kandungan asid di dalam bahan boleh dikeluarkan melalui proses penyahasidan.

2) Alam persekitaran


            2.1) Suhu 


- Suhu yang tidak sesuai akan menyebabkan fiber kertas, dakwat, bahan melekit dan  menjadi lemah, pudar serta hilang sifat aslinya.
  • Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Selaraskan suhu yang sesuai antara 15.5-21 C, ia perlu tetap dan berterusan.
- Ruang udara mestilah beredar dan alat pendingin udara sangat perlu bagi penyimpanan bagi pemuliharaan bahan.


2.2) Kelembapan 

- Kelembapan yang tinggi akan menyebabkan kertas kembang, bertompok-tompok hitam,berkulat dan akhirnya reput. Ini kerana buku adalah bahan yang mudah diresapi air.

  • Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Alat thermo-hygrograph boleh digunakan untuk mengetahui kadar suhu dan kelembapan ruang.


2.3) Cahaya 

- Cahaya mengandungi pancaran ultra ungu dan  kepanasan yang akan melemahkan kekuatan fiber kertas, dakwat, buku melekit dan sebagainya.

  • Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Ruang yang gelap adalah lebih baik untuk tempat penyimpanan buku.
  

           2.4) Pencemaran udara


2.4.1.) Debu
- Debu mengandungi asid, kuman dan kelembapan.
- Apabila melekat pada kertas akan memyebabkan proses kerosakan akan berlaku dalam bentuk tompok-tompok hitam kecil.

2.4.2) Gas 
- Gas sulphur dioksida dari ekzos kenderaan dan kilang akan mereputkan buku

  • Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Rak buku atau ruang almari perlu dibersihkan dari debu.
- Membersihkan ruang menggunakan vacum cleaner lebih baik daripada penggunaan penyapu yang   membuat debu berterbangan


3.) Perlakuan manusia.
  
           3.1) Peyimpanan

- Bahan-bahan seperti klip kertas, pin dan bahan stapler mudah   karat akan merosakkan kertas.
- Rak atau almari yang berkarat akan merosakkan buku
- Rak yang rendah dan tajam tepinya akan menyebabkan buku rosak   jika di susun condong dan buku akan terkoyak.
- Cara penyusunan buku adalah salah dan tidak sesuai.

  • Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
             - Menanda buku menggunakan penanda buku.
             - Menggunakan rak yang tahan karat.
             - Menyusun buku dengan baik dan secara tersusun.

             3.2) Pameran
- Semasa pameran, udara di dalam meja atau almari tidak dapat keluar dan menyebabkan udara lebih panas berbanding udara luar.

  • Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
          - Meja atau almari buku perlu ada ruang supaya udara boleh beredar.
          - Suhu dan kelembapan perlu di pantau.
          - Penggunaan lampu yang tidak menumpu pada buku.
 
           3.3) Penyalinan
- Tidak cermat semasa membuat penyalinan.
 
4.) Haiwan / serangga perosak 


- Serangga seperti lipas, anai-anai, dan tikus akan menyebabkan kerosakan buku secara fizikal.

  • Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
               - Mengawal serangga dengan membuat pewasapan.


5.) Bencana alam 
 
- Banjir dan kebakaran juga merosakkan buku.

  • Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
               - Mengawal kebakaran dengan menggunakan alat pengesan kebakaran.


B)    BAHAN TIDAK BECETAK.


Faktor kerosakan :-

- Proses yang tidak betul menyebabkan imej tidak dapat diperolehi dengan baik.
- Suhu yang tidak stabil
- Penggunaan yang tidak cermat.
- Kerosakan oleh api atau air.

  • Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
            - Bilik perlu mempunyai penghawa dingin
            - Suhu antara 15-20 C.
            - Menggunakan kabinet yang fireproof dan dushproof serta cat yang tidak melekit.
            - Rekabentuk kabinet yang membenarkan udara di dalam laci dan bahagian lain boleh beredar.
            - Simpan master copy dengan baik.
            - Elakkan menyentuh imej pada mikrofilem

Buku merupakan aset penting dalam kehidupan seorang manusia,lebih-lebih lagi kepada seorang pelajar.Penjagaan buku yang baik akan membuatkan seseorang itu berasa seronok untuk menyimpan buku tersebut setersunya membaca buku.
Ini sahaja perkongsian dan Ilmu yang saya mampu kongsikan..
Terima Kasih...

No comments:

Post a Comment