Friday, 5 July 2013

Menjaga Buku Teks

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Buku teks adalah salah satu rujukan bagi pelajar,ingat buku teks ni untuk pelajar sekolah je ke?pelajar universiti pun guna jugak tau buku teks ni...

Antara bahan pembelajaran yang paling penting di sekolah ialah buku teks. Buku teks dianggap sebagai sumber rasmi pembelajaran kerana berdasarkan kandungannya proses pembelajaran dalam kelas dijalankan.

Buku teks mengandungi pelbagai maklumat dan ilmu pengetahuan baru yang perlu diketahui oleh murid. Seandainya buku itu tidak ada atau rosak, pasti murid akan menghadapi masalah apabila proses pengajaran dan pembelajaran bermula.

Murid yang layak menerima buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) sebahagiannya sudah menerima buku tersebut sebelum cuti persekolahan akhir tahun lalu, manakala sebahagian lagi minggu lalu.

Pada tahun ini, seramai 2.52 juta orang murid sekolah rendah menerima buku 
teks di bawah SPBT.

SPBT diberikan kepada murid yang ibu bapa mereka berpendapatan RM1 500 ke bawah dan murid sekolah jenis kebangsaan yang ibu bapanya berpendapatan RM1 000 ke bawah.

Bagi mereka yang berkemampuan, buku teks perlu dibeli sendiri. 
Bagaimanapun, sama ada membeli sendiri atau diperoleh menerusi SPBT, murid sewajarnya menjaga keselamatan buku teks supaya tidak rosak dan tahan lebih lama.

Penjagaan buku teks supaya sentiasa dalam keadaan baik perlu. Ini kerana buku teks yang sama akan terus digunakan dari tahun demi tahun sehinggalah kandungannya disemak semula.

Sehubungan itu, murid sepatutnya mengamalkan sikap cintakan harta benda, termasuk buku teks, sama ada buku itu diperoleh dengan cara membeli sendiri atau pinjaman.

Antara cara yang boleh dilakukan ialah membalut buku itu supaya kulit dan kandungannya tidak rosak. Jika dahulu, kebanyakan murid membalut buku teks menggunakan bahan yang murah atau kertas terpakai seperti kertas minyak, akhbar, majalah lama, pembalut hadiah dan sebagainya.

Selain itu, murid juga boleh menggunakan plastik lutsinar untuk dijadikan pembalut. Tambahan pula, kini terdapat pembalut buku plastik yang telah siap berpelekat. Ini memudahkan kerja-kerja membalut buku.

Kepada murid yang menerima buku teks di bawah SPBT, mereka seharusnya berterima kasih mendapat bantuan itu. Sebagai tanda terima kasih, buku teks itu perlu dijaga supaya ia sentiasa berada dalam keadaan baik dan dapat digunakan oleh murid lain pada tahun berikutnya.

Begitu juga dengan murid yang membeli sendiri buku teks. Langkah yang sama perlu dilakukan sebagai tanda berterima kasih kepada ibu bapa yang telah mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli buku itu.

Jika murid menjaga buku teks itu dengan baik, pasti ibu bapa tidak perlu membeli buku yang sama untuk kegunaan anak pada tahun berikutnya, melainkan kandungan sesuatu buku itu sudah disemak semula.

Itu sahaja perkongsian daripada saya untuk kali ini,terima kasih...=D

No comments:

Post a Comment