Saturday 6 July 2013

Pemakaian Buku Teks

Selama ini terdapat anggapan dari sebahagian besar masyarakat bahawa buku teks sebagai penunjang pelaksanaan kegiatan pembelajaran di kelas di bahagikan menjadi dua jenis, iaitu buku teks wajib dan buku teks penunjang. Buku teks wajib (juga biasa disebut buku paket) adalah buku teks yang dikeluarkan atau diterbitkan oleh pengeluar tertentu yang di iktiraf oleh Jabatan Pendidikan. Sementara itu, buku teks penunjang adalah buku teks yang diterbitkan oleh penerbit swasta.



Terdapat beberapa kelemahan yang masih terdapat pada buku teks penunjang,iaitu:

- Terdapat buku teks yang tidak sesuai dengan pembelajaran kurikulum.
- Terdapat buku teks yang berisi ringkasan
- Terdapat buku teks yang huraiannya sangat teknikal.
- Terdapat buku teks yang tidak sesuai dengan pola pemikiran pelajar
- Terdapat buku teks yang kurang ”aplicable”.

Dengan menggunakan buku teks,guru dan tenaga pengajar perlu melakukan langkah-langkah berikut:

 -Guru menerangkan satu per satu huraian bahan ajar yang ada pada buku teks,
- Guru melakukan langkah-langkah pembelajaran yang terkandung dalam buku teks
- Nilai-nilai evaluasi diambil dari pertanyaan atau tugasan yang terdapat dalam buku teks.

Berikut merupakan sebab mengapa guru dan tenaga pengajar perlu menggunakan buku teks:

- Guru belum bersedia dan matang tehadap subjek yang diajarkan.

- Guru kurang dilatih merencanakan bahan pembelajaran.

- Tradisi yang menganggap bahawa buku teks sebagai sumber lengkap yang siap           disajikan masih sangat dominan.

- Pengaruh penggunaan buku teks sebagai alat pengukur prestasi belajar.
 
Buku teks sangat penting penggunaanya bagi seorang pelajar dan juga seorang guru.Penggunaan buku teks mempunyai pengaruh dan kesan terhadap pembelajaran pelajar dan guru.

Teknik Belajar

1)PANDUAN MENCATAT NOTA
·         Nota adalah merupakan bahan yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mencatat nota perlu kerana anda tidak perlu mengingat semua apa yang telah dipelajari. Nota menjadi bahan rujukan apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta.
·         Mencatat nota adalh satu seni. Nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik, dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesannya dalam proses pembelajaran. Kemahiran ini boleh dipelajari dan diperbaiki dengan usaha, latihan dan minat pelajar-pelajar.
·         Oleh itu, seorang pelajar seharusnya mencari dan berusaha untuk mempraktikan teknik-teknik dan selok belok untuk menyediakan nota yang bermutu.


Mengapa perlu Membuat nota ?
·         Semasa mencatat nota, anda menggunakan otak untuk berfikir secara kritis, analitik, dan kreatif untuk menapis isi-isi penting semasa cikgu mengajar atau semasa sedang membaca.
·         Dapat membantu pelajar mengimbau kembali apa yang telah diipelajari daripada guru atau apa yang kita baca.
·         Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk bila-bila masa atau apabila terlupa.
·         Mencatat nota adalah satu kaedah berkesan untuk pengukuhan.
·         Nota membolehkan pelajar tidak perlu mengingat semua yang telah dipelajari.
·         Nota yang telah disediakan pada peringkat awal boleh membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi peperiksaan.   

 
Nota daripada buku teks
 
Pelajar yang menganggap mencatat nota daripada buku teks hanya membuang masa , haruslah berfikir semula. Mencatat nota daripada buku teks atau rujukan ada banyak kelebihannya. Misalnya:
·          Membantu pelajar memhami pelajaran
·          Berguna jika tidak mampu membeli buku rujukan
·          Dapat melatih berfikir dapat memningkatkan penguasaan berfikir dalam sesuatu topik.

Teknik Mencatat Nota
 
Berikut ada beberapa panduan di mana pelajar boleh menggunakannya untuk mencatat nota:
·         Buat persediaan yang lengkap-misalnya pen,pensil,kertas dan buku.
·         Tuliskan tajuk nota yang hendak dibuat.
·         Kenalpasti kata kunci. Gunakan formula [4 w + h]
What [Apa]
Why [kenapa]
When [bila]
Where [di mana]
How [bagaimana]
·         Catatkan isi-isi penting sahaja seperti definisi, keterangan dan penjelasan.
·         Lukiskan gambarajah atau carta yang sesuai.
Ciri-Ciri Nota Yang Baik
 
·         Terdiri daripada isi-isi penting [utama].
·         Nota biarlah terang, kemas dan mudah dibaca.
·         Nota ditulis di dalam buku catatan yang khas untuk sesuatu mata pelajaran.
·         Catatkan isi-isi penting sahaja dengan menggunakan ayat sendiri.
·         Gunakan dalam bentuk point, elakan menyalin ayat yang panjang.
·         Kalau perlu gunakan kependekan ejaan yang anda boleh faham.
·         Gunakan pen pelbagai warna untuk menarik perhatian mata dan minda anda seterusnya membawa kepada penumpuan ketika membaca.
·         Contoh-Contoh Nota
Peta Minda
Carta
Grafik 
2)TEKNIK BELAJAR BERKESAN

 
Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,beberpa pendekatan belajar telah diamalkan. Para pengkaji teknik belajar telah juga menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran yang berkesan.

Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar di sini terdapat beberapa teknik belajar akan diutarakan.


Teknik Belajar 5R-STUV
 
·         Recopy [salin semula]
·         Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x]
·         Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
·         Recheck [semak semula]
·         Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]
·         S-sumarize [ringkaskan nota penting]
·         T-test yourself [uji diri anda]
·         U-use [gunakan]
·         V-visualize [bayangkan selalu]

 
Teknik Belajar Secara Pembayangan
 
·         Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.
·         Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.
·         Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.
·         Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.
·         Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.
Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap> Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalakan ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula ddari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.

Teknik Belajar PV3RQUS
·         Preview (tinjauan awal)
·         Question (soal diri)
·         Read & Underline (Baca,garis dan tanda)
·         Recite & write (lafaz dan tulis nota)
·         Review (tinjauan akhir)
·         Sumarize (ringkaskan)
·         Test yourself (uji diri anda)
·         Use (gunakan)
·         Visualize (bayangkan)

7 Cara Cemerlangkan Otak
·         Positive mental attitude & positive physical action.
·         Air-clean air for the brain.
·         Mental Challenges for the brain.
·         Food for the brain.
·         Exercise for the brain.
·         Sleep for the brain.
·         Meditation & power brain.

Amalan peningkatan daya ingatan
·         Faham.
·         Jarakkan/pecahkan masa belajar.
·         Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
·         Percaya pada diri sendiri.
·         Ulang berkali-kali.
·         Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
·         Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.

Friday 5 July 2013

Menjaga Buku Teks

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Buku teks adalah salah satu rujukan bagi pelajar,ingat buku teks ni untuk pelajar sekolah je ke?pelajar universiti pun guna jugak tau buku teks ni...

Antara bahan pembelajaran yang paling penting di sekolah ialah buku teks. Buku teks dianggap sebagai sumber rasmi pembelajaran kerana berdasarkan kandungannya proses pembelajaran dalam kelas dijalankan.

Buku teks mengandungi pelbagai maklumat dan ilmu pengetahuan baru yang perlu diketahui oleh murid. Seandainya buku itu tidak ada atau rosak, pasti murid akan menghadapi masalah apabila proses pengajaran dan pembelajaran bermula.

Murid yang layak menerima buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) sebahagiannya sudah menerima buku tersebut sebelum cuti persekolahan akhir tahun lalu, manakala sebahagian lagi minggu lalu.

Pada tahun ini, seramai 2.52 juta orang murid sekolah rendah menerima buku 
teks di bawah SPBT.

SPBT diberikan kepada murid yang ibu bapa mereka berpendapatan RM1 500 ke bawah dan murid sekolah jenis kebangsaan yang ibu bapanya berpendapatan RM1 000 ke bawah.

Bagi mereka yang berkemampuan, buku teks perlu dibeli sendiri. 
Bagaimanapun, sama ada membeli sendiri atau diperoleh menerusi SPBT, murid sewajarnya menjaga keselamatan buku teks supaya tidak rosak dan tahan lebih lama.

Penjagaan buku teks supaya sentiasa dalam keadaan baik perlu. Ini kerana buku teks yang sama akan terus digunakan dari tahun demi tahun sehinggalah kandungannya disemak semula.

Sehubungan itu, murid sepatutnya mengamalkan sikap cintakan harta benda, termasuk buku teks, sama ada buku itu diperoleh dengan cara membeli sendiri atau pinjaman.

Antara cara yang boleh dilakukan ialah membalut buku itu supaya kulit dan kandungannya tidak rosak. Jika dahulu, kebanyakan murid membalut buku teks menggunakan bahan yang murah atau kertas terpakai seperti kertas minyak, akhbar, majalah lama, pembalut hadiah dan sebagainya.

Selain itu, murid juga boleh menggunakan plastik lutsinar untuk dijadikan pembalut. Tambahan pula, kini terdapat pembalut buku plastik yang telah siap berpelekat. Ini memudahkan kerja-kerja membalut buku.

Kepada murid yang menerima buku teks di bawah SPBT, mereka seharusnya berterima kasih mendapat bantuan itu. Sebagai tanda terima kasih, buku teks itu perlu dijaga supaya ia sentiasa berada dalam keadaan baik dan dapat digunakan oleh murid lain pada tahun berikutnya.

Begitu juga dengan murid yang membeli sendiri buku teks. Langkah yang sama perlu dilakukan sebagai tanda berterima kasih kepada ibu bapa yang telah mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli buku itu.

Jika murid menjaga buku teks itu dengan baik, pasti ibu bapa tidak perlu membeli buku yang sama untuk kegunaan anak pada tahun berikutnya, melainkan kandungan sesuatu buku itu sudah disemak semula.

Itu sahaja perkongsian daripada saya untuk kali ini,terima kasih...=D

Thursday 4 July 2013

Faktor-faktor Kerosakan Buku dan Cara Pencegahan Buku

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Apa khabar kawan2?best x cuti ni?
Perasan atau tidakbuku kita cepat rosak bila disimpan di tempat2 tertentu.Nak tau apa sebabnya..
Jom baca!!

A)    BAHAN BERCETAK

Terdapat 5 faktor utama yang membawa kerosakan bahan bercetak seperti buku,majalah dan surat khabar..

1) Ciri bahan bacaan

Kerosakan buku disebabkan ciri fizikal dan ciri bahan itu sendiri seperti jilidan & kandungan bahan kimia di dalamnya. Setiap bahan mempunyai kitaran hidupnya sendiri kerana bahan-bahan itu bertindak balas dengan alam sekitar sepanjang masa dan menyebabkan bahan-bahan itu menjadi lusuh.

  • Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
  - Bahan jilidan yang tidak baik boleh diperbaiki dengan membuat jilitan semula.
  - Kandungan asid di dalam bahan boleh dikeluarkan melalui proses penyahasidan.

2) Alam persekitaran


            2.1) Suhu 


- Suhu yang tidak sesuai akan menyebabkan fiber kertas, dakwat, bahan melekit dan  menjadi lemah, pudar serta hilang sifat aslinya.
  • Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Selaraskan suhu yang sesuai antara 15.5-21 C, ia perlu tetap dan berterusan.
- Ruang udara mestilah beredar dan alat pendingin udara sangat perlu bagi penyimpanan bagi pemuliharaan bahan.


2.2) Kelembapan 

- Kelembapan yang tinggi akan menyebabkan kertas kembang, bertompok-tompok hitam,berkulat dan akhirnya reput. Ini kerana buku adalah bahan yang mudah diresapi air.

  • Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Alat thermo-hygrograph boleh digunakan untuk mengetahui kadar suhu dan kelembapan ruang.


2.3) Cahaya 

- Cahaya mengandungi pancaran ultra ungu dan  kepanasan yang akan melemahkan kekuatan fiber kertas, dakwat, buku melekit dan sebagainya.

  • Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Ruang yang gelap adalah lebih baik untuk tempat penyimpanan buku.
  

           2.4) Pencemaran udara


2.4.1.) Debu
- Debu mengandungi asid, kuman dan kelembapan.
- Apabila melekat pada kertas akan memyebabkan proses kerosakan akan berlaku dalam bentuk tompok-tompok hitam kecil.

2.4.2) Gas 
- Gas sulphur dioksida dari ekzos kenderaan dan kilang akan mereputkan buku

  • Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Rak buku atau ruang almari perlu dibersihkan dari debu.
- Membersihkan ruang menggunakan vacum cleaner lebih baik daripada penggunaan penyapu yang   membuat debu berterbangan


3.) Perlakuan manusia.
  
           3.1) Peyimpanan

- Bahan-bahan seperti klip kertas, pin dan bahan stapler mudah   karat akan merosakkan kertas.
- Rak atau almari yang berkarat akan merosakkan buku
- Rak yang rendah dan tajam tepinya akan menyebabkan buku rosak   jika di susun condong dan buku akan terkoyak.
- Cara penyusunan buku adalah salah dan tidak sesuai.

  • Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
             - Menanda buku menggunakan penanda buku.
             - Menggunakan rak yang tahan karat.
             - Menyusun buku dengan baik dan secara tersusun.

             3.2) Pameran
- Semasa pameran, udara di dalam meja atau almari tidak dapat keluar dan menyebabkan udara lebih panas berbanding udara luar.

  • Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
          - Meja atau almari buku perlu ada ruang supaya udara boleh beredar.
          - Suhu dan kelembapan perlu di pantau.
          - Penggunaan lampu yang tidak menumpu pada buku.
 
           3.3) Penyalinan
- Tidak cermat semasa membuat penyalinan.
 
4.) Haiwan / serangga perosak 


- Serangga seperti lipas, anai-anai, dan tikus akan menyebabkan kerosakan buku secara fizikal.

  • Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
               - Mengawal serangga dengan membuat pewasapan.


5.) Bencana alam 
 
- Banjir dan kebakaran juga merosakkan buku.

  • Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
               - Mengawal kebakaran dengan menggunakan alat pengesan kebakaran.


B)    BAHAN TIDAK BECETAK.


Faktor kerosakan :-

- Proses yang tidak betul menyebabkan imej tidak dapat diperolehi dengan baik.
- Suhu yang tidak stabil
- Penggunaan yang tidak cermat.
- Kerosakan oleh api atau air.

  • Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
            - Bilik perlu mempunyai penghawa dingin
            - Suhu antara 15-20 C.
            - Menggunakan kabinet yang fireproof dan dushproof serta cat yang tidak melekit.
            - Rekabentuk kabinet yang membenarkan udara di dalam laci dan bahagian lain boleh beredar.
            - Simpan master copy dengan baik.
            - Elakkan menyentuh imej pada mikrofilem

Buku merupakan aset penting dalam kehidupan seorang manusia,lebih-lebih lagi kepada seorang pelajar.Penjagaan buku yang baik akan membuatkan seseorang itu berasa seronok untuk menyimpan buku tersebut setersunya membaca buku.
Ini sahaja perkongsian dan Ilmu yang saya mampu kongsikan..
Terima Kasih...